Sunday, November 21, 2010

Kerajaan Sriwijaya

Kerajaan Srivijaya



Sejarah Malaysia
Sejarah Malaysia.png
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)



Srivijaya merupakan sebuah kerajaan yang pengaruhnya amat besar terhadap Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh budaya India dan China serta budaya agama Buddha dan Hindu. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting bagi agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Isi kandungan


Petubuhan

Bukti awal keberadaan kerajaan ini berasal dari abad ke-7; sami I-Tsing[1] dari Cina, menulis bahawa ia mengunjungi Sriwijaya pada tahun 671 dan tingal selama 6 bulan. Selanjut dari prasasti paling tua tentang Sriwijaya yang juga bertarikh 682, iaitu Prasasti Kedukan Bukit[2] di Palembang. Kemunduran pengaruh kekuasaan Sriwijaya terhadap negeri jajahannya dimulai kerana beberapa peperangan diantaranya serangan dari raja Dharmawangsa dari Jawa tahun 990, dan serangan Rajendra Coladewa dari Koromandel pada tahun 1025, selanjutnya tahun 1183 Sriwijaya menjadi bahagian dari Kerajaan Dharmasraya.[3].

Kejayaan

Dari catatan sejarah dan bukti arkeologi bermula dari abad ke-7, Kerajaan Srivijaya telah melakukan beberapa penaklukan dan menawan hampir seluruh kerajaan-kerajaan yang ada di Asia Tenggara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kemboja, Kalimantan dan Pulau Jawa[4] . Penguasaan ke atas Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut Cina Selatan telah menjadikan Srivijaya sebagai pengendali dan pengawal kawasan perdagangan antarabangsa di antara China dan India.

Penaklukan Srivijaya dimulakan dengan menawan Minanga. Kerajaan Melayu ini memiliki hasil galian emas sebagai sumber ekonomi dan kata Swarnnadwipa (pulau emas) mungkin merujuk pada hal ini. Dan kemudian diikuti Kedah takluk dan menjadi daerah jajahan[5].

Sebelum dinasti Sailendra, penguasa Srivijaya berpindah ke Jawa, Srivijaya telah bertapak dari Sumatera, Sunda dan Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Kemboja lalu menakluk kerajaan ini.

Pengaruh Sriwijaya tampak pada bangunan pagoda Borom That di Chaiya, Surat Thani, Thailand Selatan, yang pernah menjadi ibu kota Kerajaan Khmer, sebelum ditaklukan Kerajaan Siam.

Kejayaan Srivijaya di tanah Jawa ditunjukkan dengan pembinaan Candi Borobudur yang telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia[6].

Srivijaya juga mempunyai hudungan yang rapat dengan Dewapala raja Benggala. Prasasti Nalanda mencatat bahawa Balaputradewa salah seorang Raja Srivijaya telah membina sebuah biara di Nalanda. Hubungan dengan India renggang setelah Rajendra Coladewa dari dinasti Chola menaiki takhta dan melakukan serangan pada abad ke-11[7].

Senarai Raja-raja Srivijaya

Tahun↓ Nama Raja↓ Ibukota↓ Prasasti, batu bersurat dan berita China serta perkara yang berlaku↓
671 Dapunta Hyang Sri Jayanasa Srivijaya Catatan perjalanan I-tsing di tahun 671-685

Prasasti Kedukan Bukit (683), Talang Tuo (684), dan Kota Kapur Penaklukan Malayu, penaklukan Jawa

702 Sri Indravarman

Che-li-to-le-pa-mo

Srivijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 702-716, 724

Utusan ke Khalifah Muawiyah I dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

728 Rudra Vikraman

Lieou-t'eng-wei-kong

Srivijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 728-742
743-760

Tidak ada berita pada masa ini


Pindah ke Jawa Dinasti Sailendra mengantikan Dinasti Sanjaya
760 Maharaja Wisnu

Dharmmatunggadewa

Jawa Prasasti Ligor B, menaklukkan Kemboja.
775 Dharanindra Sanggramadhananjaya Jawa Piagam Kalasan 778
782 Samaragrawira Jawa Prasasti Nalanda
792 Samaratungga Jawa Prasasti Karang Tengah, tahun 824.

825 membina candi Borobudur




Kebangkitan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan
835 Balaputradewa Srivijaya Kehilangan kekuasaan di Jawa, dan kembali ke Suwarnabhumi

Prasasti Nalanda (860)

860-960

Tidak ada berita pada masa ini
960 Sri Udayadityavarman

Se-li-hou-ta-hia-li-tan

Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 960, & 962
980
Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 980 & 983 dengan rajanya Hie-tche (Haji)
988 Sri Cudamanivarmadeva

Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa

Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 988-992-1003

990 Jawa menyerang Srivijaya, membina tokong untuk Kaisar China, Prasasti Leiden (1044)

1008 Sri Maravijayottunggavarman

Se-li-ma-la-pi

Srivijaya
Kadaram

San-fo-ts'i

Utusan ke China 1008
1017
Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan San-fo-ts'i dengan raja Ha-ch'i-su-wa-ch'a-p'u (Haji Sumatrabhumi) ke China 1017;

Gelar haji biasa untuk raja bawahan

1025 Sangrama Vijayottunggavarman Srivijaya
Kadaram

San-fo-ts'i

Diserang oleh Rajendra Chola I dan tertawan

Prasasti Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore

1028

Dibawah Dinasti Chola dari Koromandel
1079

Utusan raja San-fo-tsi Ti-hua-ka-lo ke China 1079

Membaiki candi Tien Ching di Kuang Cho (dekat Kanton)

1183

Dibawah Dinasti Mauli, Kerajaan Dharmasraya
1183-1286 Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa Dharmasraya Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand
1286-1293 Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa Dharmasraya Prasasti Padang Roco tahun 1286 di Siguntur


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...