Friday, August 28, 2009

KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA SELEPAS KEJATUHANNYA SELEPAS SULTAN MAHMUD SHAH




Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dizaman Sultan Mahmud Shah, ramai juga yang tidak mengetahui, kemanakah Kesultanan Melayu Melaka..adakah kesinambungannya dimana-mana, atau ghaib begitu sahaja. Dari kajian lalu, Sistem Kesultanan Melayu Melaka masih berterusan di negeri Perak dan Johor sebagaimana di tunjukkan dalam carta. Pedigre ini menunjukkan bukan sahaja Sultan Perak mewarisi tahap teratas dinasti Kesultanan Tertua Melayu, tapi juga ianya adalah berhubung terus dari salasilah Bendahara yang tersebut dalam Sejarah Melayu.

Sultan Perak mewarisi Sultan Mudzafar Shah, anak lelaki tua Sultan Mahmud yang dihalau oleh Portugis. Sultan Perak juga ketika itu berkata bahawa Sulatn Mudzafar Shah pergi ke Perak kerana ia diarah bagi mengantikan adiknya.

Sultan Muzaffar Shah II mendapat keamanan di Johor. Sultan Muzaffar Shah tidak hidup lama,dan ketua istana melantik anaknya pula Sultan Abdul Jalil sebagai Raja baru. Sultan Abdul Jalil Shah ini masih diserang oleh Portugis yang membakar Johor Lama dan memaksa beliau melarikan diri kehulu sungai dimana tiada kapal bolih memasuki dan menetap di Batu Sawar meninggalkan dua anaknya (Raja Mansur dan Raja Abdullah) dari isteri pertamanya dan tiga anaknya(Raja Hassan, Raja Hussein, Raja Mahmud) dari isteri keduanya. Dklatakan tiga yang terakhirnya menjadi raja Siak, Kelantan dan Kampar. sementara Raja Mansur mengantikan Sultan Johor dengan nama Aleidin Riayat Shah III. Dibawah kuasa Aleidin Riayat Shah III inilah Belanda dan Ingeris datang ke Johor.



Tuesday, August 25, 2009

KESULTANAN MELAYU MELAKA MENGIKUT REKOD SISTEM KESULTANAN MELAYU, CHINA DAN PORTUGIS


PERDAGANGAN DI PELABUHAN MELAKA DIZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA DIZAMAN KEMUNCAKNYA

Masih ramai yang tertanya-tanya terutama anak zaman merdeka tentang kewujudannya Sistem Kesultanan Melayu Melaka, bagaimanakah kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka yang direkodkan dan perbandingan dengan rekod oleh Rekod zaman Maharaja China dan Raja Portugis bagi mengesahkan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Elok juga kita sama-sama mengimbau kembali Sejarah Sistem Kesultanan Melayu Melaka untuk pengetahuan ramai.

Kajian oleh pengkaji China, " Ying Sheng Lan" pada tahun 1416, menyatakan Melayu Melaka mengenai Muhammadan, menunjukkan penukaran ugama kepada Islam berlaku seawal Paramiswara dan bukan semasa cucunya, Muhammad Shah.

Antara kajian oleh Richard J. Wilkinson bertajuk -Paper on Malay Study, tahun 1908 merangkumkan kajian sejarah dalam ketiga-tiga Sistem King(raja Portugal), Kesultanan Melayu dan Maharaja China yang ada dalam rekod mereka tersebut adalah seperti berikut;

REKOD CHINA ALBUQUERQUE'S LIST "MALAY ANNALS"

Palisuta(1403-1414) Parmisura Paramiswara, Muhammad Shah
Mukansautirsha Xaquendarsa Iskandar Shah
(1414-1424)
Seri Mahala(1424) Raja Besar Muda
Seri Mahala(1433) Raja Tengah
Seri Pamisiwartiupasha Muhammad Shah
(1445) Abu Shahid
SultanWutafunaslia Modafaixa Muzaffar Shah
(1456)
Sultan Wangsusha Marsusa Mansur Shah
(1459)
Mahamusa(undated) Alaodin Aleidin Riayat Shah
Sultan Mamat(who was fled.. Mahamat Mahmud Shah
from the franks)

Oleh kerana zaman Sultan Iskandar Shah ke Sultan Muzaffar Shah yang panjang dan ada sedikit keraguan, maka senarai tersebut diringkaskan kepada

Raja Kecil Besar
(Paramiswara, Sultan Muhammad Shah)
I
Iskandar Shah
I
Raja Besar Muda
(Ahmad Shah)
I
Raja Kassim
(Mudzaffar Shah)
I
Raja Abdullah
(Mansur Shah)
I
Raja Hussein
(Alaeidin Riayat Shah I)
I
Raja Mahmud
(Sultan Mahmud Shah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...