Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka dari tahun 1488 hingga 1528.
Beliau adalah anak kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Sejak kematian luarjangka bapanya oleh hasad dengki, beliau ditabalkan sebagai raja pada usia yang amat muda ,pada usia 11 tahun. Tengku Mahkota pada masa itu adalah Bendahara Tun Perak. Bendahara pada masa tersebut jawatannya adalah umpama Perdana Menteri sekarang. Pada masa mudanya Sultan Mahmud agak nakal kelakuannya, dan Melaka bernasib baik pada masa itu kerana urusan pentadbiran dilakukan oleh Bendahara Tun Perak. Namun, apabila Tun Perak meninggal, pada tahun 1498, jawatan Bendahara digantikan oleh Tun Mutahir. Kematian Tun Perak juga mengajar Sultan Mahmud menjadi Sultan yang lebih bertanggung jawab.
Sultan Mahmud mempunyai ramai isteri, antara yang terkenal adalah Tun Teja Ratna Menggala, Puteri Sultan Pahang, Tun Kudu, Puteri Onang Kening dan Tun Fatimah.
Sultan Mahmud juga pada masa tersebut dikelilingi oleh beberapa hulubalang terkenal dalam sejarah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Khoja Hassan dan Hang Nadim.
Apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada 1511, Sultan Mahmud lari ke Kampar, Sumatra dan membina kerajaanya disana dan selalu berulangalik ke Singapura dan Kota Tinggi, Johor dan mangkat pada 1528. Dikatakan beliau dimakamkan diKg Tua, Kampar, Sumatera.
Sultan Mahmud mempunyai tiga anak, Sultan Ahmad Shah, Muzaffar Shah 1 dan Alauddin Riayat Shah 11. Mengikut ceritanya,Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Raja setelah Sultan Mahmud secara tidak sengaja membunuh Tun Mutahir dan keluarganya akibat hasutan dengki menterinya yang dikatakan cuba mengambilalih kerajaan. Sultan Ahmad Shah kemudiannya dibunuh sendiri oleh Sultan Mahmud selepas Portugis menawan Melaka dan Sultan Mahmud dilantik semula menjadi Sultan.
Anaknya Sultan Muzaffar 1 lari ke Perak dan menubuhkan kesultanan Perak sementara Sultan Alauddin Riayat Shah II lari ke Johor dan menubuhkan kesultanan Johor.Pada zaman Sultan mahmud juga terjadi lagenda ‘PUTERI GUNUNG LEDANG”. Dikatakan juga Sultan Mahmud membunuh Bendahara Tun Mutahir kerana tidak membenarkan beliau berkahwin dengan anaknya Tun Fatimah dimana Tun Fatimah akhirnya berkahwin dengan Tun Ali. Walaubagaimanapun, akhirnya beliau dapat juga berkahwin dengan Tun Fatimah.
No comments:
Post a Comment