Thursday, February 26, 2009
RUMAH MELAKA - THE BEST PICTURE
Monday, February 23, 2009
PUBLIC TRANSPORT IN MELAKA - THE BEST OF TRAM SERVICES
Thursday, February 19, 2009
Remnant of Dutch Fort in Melaka excavation site
Tuesday, February 17, 2009
Rumah Tradisional Melaka-Rumah Limas
Rumah Tradisional Melaka-Rumah Melaka
Sejak dari sekitar 80an lagi bas-bas membawa pwlancung terutama dari luar negeri..kekadang satu hari sehingga sepuluh bas ke beberapa rumah Melaka di jalan Melaka- Muar terutama di Kg. Umbai dan Serkam bagi melihat pemandangan serta rebentuk rumah tradisional ini.... Sememangnya unik!!!!
Masjid Tradisi Melaka- Masjid Kg Serkam
Masjid Tradisi Melaka-Masjid Kg. Umbai, 1852
."Pada hari ini 20.06.1877, Sultan Ali Ibni Almarhum Sultan Hussain Shah, Sultan Johor telah mangkat di Umbai Melaka. Berita kemangkatan baginda telah disampaikan kepada putera baginda Tengku Alam yang pada masa itu bersemayam di Istana Kampung Gelam Singapura bersama-sama Maharaja Abu Bakar.
Pada mulanya Tengku Alam enggan ke Melaka untuk pemakaman tersebut selagi beliau tidak dilantik menjadi Sultan menggantikan Sultan Ali. Tetapi akhirnya Tengku Alam terpaksa beralah setelah ia mengetahui bahawa Gabenor Inggeris benar-benar tidak mahu melantiknya menjadi Sultan. Tengku Alam telah berangkat ke Johor dengan kapal Maharaja Abu Bakar kemudian ke Umbai Melaka. Walaupun Tengku Alam hadir Baginda telah menjauhkan diri. Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat turut hadir di upacara itu untuk memastikan tidak ada sebarang pergaduhan berlaku atau tidak ada sebarang pengisytiharan pengganti Sultan diadakan.
Selepas kemangkatan Sultan Ali, perebutan kuasa telah berlaku di kalangan keluarga Sultan Ali sendiri. Beberapa peristiwa pertumpahan darah telah tercetus seperti di Kuala Muar oleh Suliwatang. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 1883. Tetapi dengan kebijaksanaan Maharaja Abu Bakar untuk menamatkan keadaan kucar-kacir yang menggugat keamanan negeri Johor, satu perjanjian setia telah diadakan dengan Kerajaan Inggeris. Dalam perjanjian ini Inggeris bersetuju memberikan bantuan kepada Maharaja Abu Bakar dalam menghadapi soal kekacauan tersebut. Kedaulatan dapat diselamatkan dan Maharaja Abu Bakar dilantik menjadi pemerintah Johor bergelar Sultan hingga keturunannya."

Pintu besar masjid kg Umbai dengan ukiran tersendirinya
Ukiran mimbar masjid kg Umbai dengan seni ukiran halus yang amatg menarik
Tiang seri bulat masjid kg Umbai dengan ukiran unik
Pintu besar yang asal
Tiang seri utama dengan ukiran menarik yang jarang dijumpai kini
Masjid ini juga terkenal kerana di bahagian luar hadapannya juga terdapat makam sejarah Kesultanan Makam Sultan Ali dan ahli keluarganya...juga warisan sejarah kesultanan Melayu Melaka/Singapura.....!!!!