Monday, November 22, 2010

Masjid Sg Rambai, 1880



SEJARAH

Masjid ini di tubuhkan pada awal tahun 1880.Penempatan pertama berhampiran dengan sungai.Berpindah buat kali ke kedua Diatas tanah lot 1448,keluasannya ialah 120 kaki persegi di atas nama Allahyarham Md. Yassin bin Long.

Pada awal tahun 1926 beliau telah mewakafkan dengan secara lisan untuk pembinaan masjid Sungai Rambai secara bergotong royong oleh penduduk setempat.Rekaan masjid ini juga,sama seperti rekaan masjid yang lain dalam negeri melaka yang mengekalkan rekaan senibina melayu.Sekarang telah banyak pengubahsuain telah dilakukan keatas masjid ini,perkara ini terpaksa dilakukan kerana:

1.Bangunan masjid yang telah uzur.
2.Pertambahan penduduk.
3.Pertambahan bangunan untuk kegiatan-kegiatan lain.

Segala kos perbelanjaan bagi pengubahsuaian dan pertambahan bangunan masjid ini telah pun dijelaskan,hasil daripada derma penduduk kampung dan bantuan peruntukan daripada kerajaan.Hasil daripada usaha ini maka masjid ini boleh menampung jemaah seramai 800 orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...