Thursday, April 30, 2009

MIMBAR KHUTBAH MASJID TRADITIONAL MELAKA

Mimbar masjid Kg Alai




Mimbar di Masjid Tengkera




Mimbar di Masjid kg Ulu


Adalah sesuatu yang amat unik rekabentuk mimbar Khutbah yang terdapat dalam masjid traditional Melaka dimana kebanyakkannya hampir serupa bentuknya dengan ukiran kayu yang amat menarik dan halus ukirannya.
Perlu diingat bahawa kebanyakkan masjid traditional Melaka ini telah berusia sekitar 1800'an dan ukiran ini juga adalah tinggalan sejarah yang telah berusia lebih 150 tahun. Juga beberapa lampu gantung yang terdapat didalamnya.
Adalah agak sukar buat masa ini untuk kita melihat ukiran yang telah berusia lebih 150 tahun. Inilah salahsatu dari khazanah yang masih tersimpan baik hingga kini.

Friday, April 24, 2009

MAKAM (SULTAN ISKANDAR SHAH, DI BUKIT FORT CANNING, SINGAPURA...???





Pada tahun 1926, satu penemuan yang bersejarah berlaku di puncak Bukit Fort Canning di Singapura. Sekumpulan pekerja pembinaan menemui beberapa buah perhiasan emas dengan ukiran yang luarbiasa terkubur kira-kira 3 metre di dalam tanah. Peristiwa itu berlaku di puncak Bukit Fort Canning semasa para pekerja itu sedang menggali tanah di tapak pembinaan sebuah takungan air.

Barang kemas yang dijumpai itu bukan sebarangan. Ia dipercayai tertanam di situ sejak 700 tahun dahulu kerana semua perhiasan itu mempunyai motif ukiran seni abad ke-14. Di antara perhiasan emas yang dijumpai itu ialah beberapa bentuk cincin dan subang, seutas rantai untuk perhiasan di lengan dan sebuah perhiasan yang berbentuk bujur yang bertatahkan beberapa biji permata kecil.

Dan perhiasan yang paling cantik ialah rantai lengan yang mempunyai bentuk ukiran kepala Tuhan Kala di permukaannya. Kala ialah salah satu anak Tuhan Durga kepercayaan kaum Hindu zaman dahulu. Ukiran berbentuk seperti ini biasanya terdapat pada barang perhiasan yang berasal dari Sumatra dan Jawa.

Hampir 60 tahun kemudian, sekitar tahun 1984, satu usaha untuk membongkar rahsia asal-usul Bukit Fort Canning telah dijalankan oleh Muzium Negara di beberapa buah kawasan di sekitar puncak dan lereng Bukit Fort Canning. Hasil penemuan itu sungguh menakjubkan dan sekaligus membenarkan andaian bahawa di Bukit Fort Canning tersergam sebuah istana raja Melayu yang sambung-menyambung sehingga lima keturunan.

Salah satu kesan peninggalan sejarah Melayu yang terdapat di Bukit Fort Canning ialah wujudnya Makam Iskandar Syah. Inilah satu-satunya peninggalan sejarah abad ke-14 yang masih wujud sehingga hari ini. Ia dipercayai ditemui sekitar tahun 1822. Dan sejak itu, ia menjadi tempat ziarah mahupun tempat pemujaan. Tetapi apabila pihak kerajaan Singapura mengambil alih pengurusan Bukit Fort Canning, kegiatan pemujaan dan penyembahan dilarang di sana.

Iskandar Syah merupakan raja Melayu yang kelima dan terakhir dari keturunan Sri Tri Buana yang bertahkta di Temasek selama tiga tahun. Namun, ada riwayat yang mengatakan beliau melarikan diri dari Sumatra dan merampas kuasa di Temasik.

Apabila Temasik diserang oleh tentera Siam, Iskandar Syah melarikan diri ke Muar dan kemuadiannya ke Melaka. Di Melaka, beliau mengasaskan Melaka, sekaligus menjadikan Melaka sebuah negara yang makmur dan gagah di bawah pemerintahannya selama 20 tahun. Catatan sejarah Cina menyatakan Iskandar Syah mangkat pada tahun 1420, tetapi tidak disebut nama tempat di mana beliau mangkat. Ada juga yang mengatakan beliau mangkat pada tahun 1412.

Oleh kerana itu, Makam Iskandar Syah di Bukit Fort Canning ini masih menjadi tanda tanya, apakah Iskandar Syah benar-benar bersemadi di sini, sedangkan beliau pada masa itu adalah pengasas negeri Melaka dan sudah tentu akan tinggal di sana. Atau ianya adalah Sri Tri Buana yang dipercayai dikebumikan di Bukit Fort Canning? Persoalannya lagi ialah Sri Tri Buana dipercayai beragama Hindu. Dan amalan orang-orang di abad ke-14 ialah tidak mengebumikan mayat tetapi membakar mayat sehingga menjadi abu. Ataupun, mungkin di tapak Makam

Iskandar Syah asalnya merupakan tempat penyembahan atau pemujaan, bukan kubur sesiapa. Hal ini masih belum dapat dipastikan oleh pakar sejarah. Kemungkinan juga beliau mangkat di Singapura semasa beliau melawat kerabatnya disana..??

Thursday, April 23, 2009

MAKAM TUN TEJA DI MERLIMAU



Makam ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Menggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang. Beliau adalah tunangan Yang Dipertua Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil.


Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang akibat godaan Cinta oleh Hulubalang Hang Nadim untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hasil dari perkongsian hidup ini baginda berdua dikurniakan Putera Amar Dewi.


Semasa pengunduran Sultan Mahmud Syah dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja telah mangkat dan dipercayai dimakamkan di sini iaitu di Solok Mentaja, Merlimau dengan penuh kehormatan.

Cerita mengenai Tun Teja.......


Siapa Dia Tun Teja...???

Nama penuhnya ialah Tun Teja Ratna Benggala , anak Bendahara Pahang dalam akhir abad ke 15. Beliau adalah seorang gadis yang bersopan santun. Murni tingkah lakunya, berbudi bahasa orangnya dan sangat jelita wajahnya. Perwaatakan kewanitaannya amat menarik hati yang di Pertuan Negeri Pahang. Beliau akhirnya dipinang oleh Yang Di Pertuan.


Kejelitaan dan pekerti mulia Tun Teja sampai kepengetahun Sultan Mahmud Melaka. Sultan Mahmud ingin memperisterikan Tun Teja. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah berjaya dibawa keMelaka oleh Hang Nadim. Manakala Hikayat Hang Tuan, Hang Tuah yang mebawa TunTeja ke Melaka. Tidak kira siapa yang kembawanya akhirnya Tun Teja telah berjaya dibawa ke Melaka. Akhinya Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Melaka dan tinggal bersama-samanya di Istana Melaka.


Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara


Pada tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.


Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).


Tun Teja Gering


Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.


Kemangkatan Tun Teja.


Mengikut sumber sejarah


“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada

pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu

dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di

situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata

baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-

jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun

Teja harus telah sampai saatnya.”


Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTEJA.


Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”


“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah meninggal dunia ..”


Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.

Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.


Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU.

Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.


Kawasan yang dipilih oleh Sultan Mahmud terletak di sebuah kawasan yang tinggi sedikit di sekitar kawan itu. ( Kawasan ini sebenarnya kawasan tanah tinggi tetapi apabila diigunakan oleh penduduk tempatan sebagai aktiviti pertanian kawasan ini telah runtuh akibat dari dijadikan tempat rehat, Menambat kerbau, menjemur padi, menangin padi, membaja padi, membut pondok, menyimpan benih dan sebagainya)


Jenazah Tun Teja selamat dikebumikan dalam keadaan yang serba sederhana. Sultan Mahmud dan angkatannya tinggal di Merlimau selama tiga hari selepas kemangkatan Tun Teja. Pada pagi hari yang keempat Sultan Mahmud mengziarahi makam Tun Teja dan selepas berdoa baginda dan angkatannya berangkat ke Muar.


Bersemadilah Jenazah Tun Teja di Solok Menteja, Pengklalan Samak, Merlimau Melaka.


Monday, April 20, 2009

MAKAM HANG TUAH DAN LAGENDA HANG TUAH


Sebelum memasuki kawasan makam, kita akan melalui sebuah masjid ciri Melaka dengan 3 bumbung dan menara azan pagoda.
Disebelah kawasan makam ialah Akedemi laut.

Tanah perkuburan didalam kawasan makam Hang Tuah.. Kubur siapakah ini..??? Kajian harus dijalankan...!!



Gambar Laksamana Hang Tuah diabadikan disekeliling makam ini...!!

Tugu.."TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA"





Pintu gerbang memasuki kawasan Makam Hang Tuah......!!!





Hang Tuah adalah lagenda hero Melayu yang hidup di Zaman Kesultanan Melayu era kurun ke 15 dizaman Kesultanan Sultan Mansur Shah hingga ke Sultan Mahmud Shah.

Dalam petikan oleh pengkaji Sejarah Melayu oleh Inggeris tahun 1908, Hang Tuah terlibat dalah peperangan menentang Portugis dibawah Sultan Mahmud Shah dan mati semasa zaman peperangan dengan Portugis. Berikut petikannya....

"...As soon as this decision was arrived at, the Prince Alaedin(Sultan Ahmad Shah) and the Sultan of Pahang(son-in-law, The Prince) set about the defence of the town....."

".....A small Portuguese reserve on the Muar river-when the gallant Ruy d'Aranjo was killed - enabled the Laksamana Hang Tuah to entranch himself on the Malacca river and to 'beseige' the town...".

".....This famous Malay chief, whose name still lives in the memory of his countryman, was a man of extraordinarymen, was a man of extraordinary energy and resources. He fought the Portuguese by the sea in the narrows of the Singapore Straits; he surprised them off Cape Reccardo; he harrassed the town of Malacca from the upper reaches of its own river; he intrigued with the allies of the Portuguese; This indefatigable fighter died as he had lived, desperately warring the enemy of his race....".


"......With his death
and with the destruction in 1526 of the Sultan's new stronghold in the island of Bintang, the Malay power was utterly destroyed....".

".....From 1511 to 1605 the Portuguese were the real masters of the straits...."

"....After Sultan Mahmud have been driven out of Malacca, he fled to Batu Hampar, while his son, the Prince Alaedin built a stockade at Pagoh. Pagoh was soon taken by the Portuguese. The Malay Prince soon took a refuge for a time in Pahang. After which they establish themself far up the Johor River where they were relatively safe from attack..."

Kerajaan negeri telah mengiktiraf makam di Tg Kling sebagai makam Hang Tuah kerana rekabentuknya hampir sama makam Hang Jebat dan Hang Kasturi yang ditemui di Melaka...!!

Hang Tuah terkenal dengan kata-katanya,

"Takkan melayu hilang didunia..!!!!."

............................................................................

Hang Tuah is a legendary warrior/hero who lived during the reign of Sultan Mansur Shah to Sultan Mahmud Shah of the Kesultanan Melaka in the 15 century. He was the greatest of all the "Laksamana", or sultan's admirals, and was known to be a ferocious fighter. Hang Tuah is held in the highest regard, even in present-day Malaysian Malay culture, and is arguably the most well-known and illustrious warrior figure in Malaysian history and literature.


Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir and Hang Lekiu. Hang Tuah and his close-knit group of friends eventually became the Malay equivalent of The three Musketeer or as well as Robin Hood. He perfected his natural abilities at self-defense by practicing silatunder a teacher named "Guru' Adi Putra who also taught Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir and Hang Lekiu.


Hang Tuah became the Sultan's constant aide, accompanying the King on official visits to foreign countries. On one such visit to Majapahit, Taming Sari, a famous Majapahit warrior, challenged Hang Tuah to a duel. After a brutal fight, Hang Tuah emerged as winner and the ruler of Majapahit bestowed upon him Taming Sari’s kris or weapon. The Taming Sari kris was named after its original owner, and was purported to be magical, empowering its owner with invincibility. It is said to be the source of Hang Tuah’s alleged supernatural abilities.


Hang Tuah also acted as the Sultan's ambassador, travelling on his Sultan's behalf to allied countries. Another story concerning Hang Tuah's legendary loyalty to the Sultan is found in the Hikayat Hang Tuah, and involves his visit to Inderaputa, in Pahang during one such voyage. The Sultan sent Hang Tuah to Pahang with the task of persuading the princess Tun Teja, who was already engaged, to become the Sultan's companion. Tun Teja fell under the impression that Hang Tuah had come to persuade her to marry him, not the Sultan, and agreed to elope with him to Melaka. It was only during the voyage home that Hang Tuah revealed his deception to Tun Teja.


Hang Tuah is famous for quoting the words
"Takkan Melayu Hilang di Dunia" which literally means
"Malays will never vanish from the face of the earth" or
"Never shall the Malay(s) (race) vanish from the face of the earth".

He remains an extremely popular Malay legend, embodying the values of Malay culture at the time, when allegiance and loyalty were paramount above all else. The Hang Tuah and Hang Jebat story, whether completely true or not, represents a paradox in the Malay psyche about loyalty and justice, and remains a point of debate among students of Malay history and literature.

MAKAM HANG KASTURI












Hang Kasturi merupakan salah seorang dari 5 pahlawan Melayu Melaka yang mashyur. Di dalam buku Sejarah Melayu, dikisahkan bahawa Hang Kasturilah yang menderhaka dan telah bertikam dengan Hang Tuah. Ini berbeza sedikit dari versi yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah yang mengatakan HangJebat yang menderhaka kepada Sultan Melaka.


Makam Hang Kasturi terletak di Heeren street (Jalan Tun Tan Cheng Lock) berdekatan dengan Makam Hang Jebat.

MAKAM HANG JEBAT













Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.


Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah kepada raja yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.


Makamnya terdapat di Jonker street, Melaka.

Saturday, April 18, 2009

SULTAN MAHMUD SHAH DAN NAMA-NAMA TERKENAL KESULTANAN MELAKA DIZAMANNYA

Nisan Sultan Mahmud di Kg Tua, Kampar



.....(Arca Hang Tuah di Muzium Negara)....


Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka dari tahun 1488 hingga 1528.


Beliau adalah anak kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Sejak kematian luarjangka bapanya oleh hasad dengki, beliau ditabalkan sebagai raja pada usia yang amat muda ,pada usia 11 tahun. Tengku Mahkota pada masa itu adalah Bendahara Tun Perak. Bendahara pada masa tersebut jawatannya adalah umpama Perdana Menteri sekarang. Pada masa mudanya Sultan Mahmud agak nakal kelakuannya, dan Melaka bernasib baik pada masa itu kerana urusan pentadbiran dilakukan oleh Bendahara Tun Perak. Namun, apabila Tun Perak meninggal, pada tahun 1498, jawatan Bendahara digantikan oleh Tun Mutahir. Kematian Tun Perak juga mengajar Sultan Mahmud menjadi Sultan yang lebih bertanggung jawab.


Sultan Mahmud mempunyai ramai isteri, antara yang terkenal adalah Tun Teja Ratna Menggala, Puteri Sultan Pahang, Tun Kudu, Puteri Onang Kening dan Tun Fatimah.


Sultan Mahmud juga pada masa tersebut dikelilingi oleh beberapa hulubalang terkenal dalam sejarah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, Khoja Hassan dan Hang Nadim.


Apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada 1511, Sultan Mahmud lari ke Kampar, Sumatra dan membina kerajaanya disana dan selalu berulangalik ke Singapura dan Kota Tinggi, Johor dan mangkat pada 1528. Dikatakan beliau dimakamkan diKg Tua, Kampar, Sumatera.


Sultan Mahmud mempunyai tiga anak, Sultan Ahmad Shah, Muzaffar Shah 1 dan Alauddin Riayat Shah 11. Mengikut ceritanya,Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Raja setelah Sultan Mahmud secara tidak sengaja membunuh Tun Mutahir dan keluarganya akibat hasutan dengki menterinya yang dikatakan cuba mengambilalih kerajaan. Sultan Ahmad Shah kemudiannya dibunuh sendiri oleh Sultan Mahmud selepas Portugis menawan Melaka dan Sultan Mahmud dilantik semula menjadi Sultan.

Anaknya Sultan Muzaffar 1 lari ke Perak dan menubuhkan kesultanan Perak sementara Sultan Alauddin Riayat Shah II lari ke Johor dan menubuhkan kesultanan Johor.Pada zaman Sultan mahmud juga terjadi lagenda ‘PUTERI GUNUNG LEDANG”. Dikatakan juga Sultan Mahmud membunuh Bendahara Tun Mutahir kerana tidak membenarkan beliau berkahwin dengan anaknya Tun Fatimah dimana Tun Fatimah akhirnya berkahwin dengan Tun Ali. Walaubagaimanapun, akhirnya beliau dapat juga berkahwin dengan Tun Fatimah.

Friday, April 17, 2009

MAKAM SULTAN HUSSIN DIMASJID TENGKERA
















Makam ini juga adalah salah satu tempat warisan bersejarah dalam sistem Kesultanan Melayu Melaka dan juga mewarisi Kesultanan Melayu Johor - Riau setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Makam ini adalah milik Sultan Hussin Shah, Putera sulung Sultan Mahmud Shah III(1761-1812), yang mewarisi Empayar Kesultanan Melayu Melaka, juga Sultan bagi empayar Johor-Riau-Lingga abad ke 19 Masihi setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.


Pada zaman pemerintahan Sultan inilah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menyaksikan bumi Melayu khususnya empayar Johor-Riau-Lingga yang dikatakan mewarisi kekuasaan empayar Melaka terpecah dua... Jadi satu bahagian yang dikuasa penjajah Inggeris, satu lagi bahagian yang dikuasai Belanda.


Singapura yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar itu zaman Sultan Hussin pula tergadai kepada Inggeris lalu dijadikan pengkalan mereka dan Singapura terus menjadi pengkalan kuasa-kuasa asing yang mahu menggugat kedaulatan orang Melayu hingga ke hari ini!


Sultan Hussin terpaksa keluar dari Singapura lalu menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di Melaka dan mangkat di Melaka dan dikebumikan di perkarangan Masjid Jamek Tengkera sementara anaknya Sultan Ali dimakamkan diperkarangan Masjid jamek Kg Umbai.


Sejarah moden menyaksikan bahagian tanah Melayu yang dikuasai Inggeris kemudian muncul menjadi negara Malaysia, bahagian yang dikuasai Belanda jadi Republik Indonesia.

Saturday, April 11, 2009

MAKAM SULTAN ALI DI MASJID JAMEK KG UMBAI-SIAPA SULTAN ALI?



Siapa dia Sultan Ali?

Pada tahun 1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjian dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…???

Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka pasa tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun demikian Sultan Ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan.Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar.
.
Sejak kamangkatan bapanya beberapa krisis berlaku antaranya dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana Sultan Ali hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatan satu kawasan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulan kepada Temenggung.

Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam, Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air atau membersihkan diri.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai .
(20 Jun 1877)


MAHARAJA ABU BAKAR DIIKTIRAF SEBAGAI PEMERINTAH MUAR


Muar atau Kesang pada mulanya adalah sebahagian dari Negeri Johor, tetapi pada 10 Mac 1855 Kesang telah dijadikan sebuah negeri berasingan berikutan satu perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Johor dengan Inggeris. Sultan Ali Iskandar telah dilantik menjadi Yang Dipertua yang pert...ama. Selepas kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877, Kesang telah mengalami perubahan akibat perbalahan merebut kuasa di antara dua orang putera Baginda, lalu pada 24 Oktober, 1878 Inggeris telah melantik dan mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar, Kesang.


Perebutan kuasa di Kesang berlaku apabila Sultan Ali Iskandar telah meninggalkan wasiat supaya melantik Tengku Mahmud iaitu anak baginda dari orang kebanyakan menggantikan baginda. Wasiat ini telah menimbulkan kemarahan Tengku Alam anak dari isteri pertamanya. Tengku Alam berpendapat, beliau lebih berhak menggantikan Sultan Ali. Persengketaan menjadi lebih meruncing apabila penghulu dan ketua-ketua tempatan Muar meminta supaya Inggeris campur tangan. Pada 26 Nov. 1877


Gabenor Negeri-negeri Selat, Gabnor Anson telah memainkan peranannya meletakkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar-Kesang dan terus mengiktiraf perlantikan itu pada hari ini dalam tahun 1878. Seterusnya pada 5 Feb. 1879, Maharaja Abu Bakar telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Pemerintah Muar dalam istiadat di Johor Bahru. Pengisytiharan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan penghulu dan ketua-ketua tempatan Kesang-Muar yang masih menyokong kerabat Sultan Ali.


Peperangan telah berlaku antara angkatan kerabat Sultan Ali yang diketuai oleh Tengku Alam dengan Maharaja Johor di Jementah pada Oktober 1879 dan tamat pada penghujung tahun 1879. Peperangan ini telah meninggalkan kesan penting terhadap sejarah politik, dan ekonomi Johor kemudiannya, dan bermula dari tahun 1879 Kesang-Muar telah menjadi Jajahan (daerah) Johor hingga ke hari ini.



Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir le Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau bagitu keciwa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mewakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun demikian penduduk tempatan yang ada salasilah raja dibenarkan dikebumikan dikawasan khas tersebut yang berpagar tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai. Salasilahnya masih bolih dirujuk dari penduduk Kg Umbai tersebut..!!!

Siapa dia Sultan Ali?

Pada tahun1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjain dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…

Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pasa tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan.Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar

Sejak kamangkatan bapanya beberapa krisis berlaku antaranya dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana SultanAli hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatan satu kawan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulan kepada Temenggung.

Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam. Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air atau membersihkan diri.

Sultan Ali berkahwin dengan gadis Umbai, Melaka

Pada satu hari beliau telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu sungai Solok Minyak atau Kampung Pasal. Beliau berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air. Beliau terlihat ada seorang gadis desa yang amat jelita. Beliau bagitu tertarik dengan gadis tersebut.

Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkawin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu beliau selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai.

Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut, Sejak penjanjian 1885 beliau telah berpindah ke Umbai. Beliau mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai.

Sultan Ali membina Istana di Umbai

Beliau akhirnya bercita-cita untuk membina sebuah istana di Umbai. Banyak bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya beliau meninggal dunia sebelaun cita-citanya mendirikan sebuah istana terkabul.

Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai .

(20 Jun 1877)

SultanAli mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan beliau telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik beliau sebagai “Sultan” menggantikan bapanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian bapanya Sultan Ali di Umbai Melaka.

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir le Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau bagitu keciwa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mengwakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumikan dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai.

Putera-Putera Sultan Ali dengan Puan Sembok

Berbalik kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin, beliau dikurniakan dengan 6 orang anak. 3 lelaki dan orang perempuan. Mereka terdiri dari Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.

Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini.

Dengan mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di Kapung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa.

Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai.

Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.



MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH DI MASJID JAMEK KG RAJA, PAGOH, JOHOR




Makam Sultan Alauddin Riayat Syah yang amat terkenal dizaman kesultanan Melaka dahulu terdapat disebelah kawasan masjid jamek Kg Raja, Pagoh, Johor.

Sejarah Sultan Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1 merupakan Sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & bersama dengan Bendaharanya yang terkenal, iaitu Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri Melaka. Pada zaman kesultanannya Empayar Kesultanan Melaka merangkumi juga sebahagian besar negeri Johor dan juga sampai ke Palembang, Indonesia.

Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.

Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis.

Diatas batu nisannya tertulis dalam khat bahasa arab yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti berikut.....

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"

Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kg Raja, Pagoh, Johor. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.

Wednesday, April 8, 2009

Christian in Melaka

Christ's Church

St. Xavier's Church



St. John's hill


St. Paul hill's



Since colonial times, when being conquered by the Portoguese, Dutch and finally British has been a base for Christian merceneries in these region.....and until today you can still find remnant as well few church buildings in Melaka.....at St. Paul's hill, St John's hill, Christ Church and St Xavier church are still here in Melaka....!!!

As the locals are strong believer of Islam, the influence of Christian were not much felt, but as you can see there are still few church in Melaka for the Christian too....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...