Monday, November 22, 2010

Masjid Tanjung Keling, 1921-1930


Masjid Kgf Alai, 1854-1856 ?






Masjid ini dikatakan hampir sama usianya dengan Masjid Kg Duyong, iaitu disekitar tahun 1854-1856. Binaannya agak sama dengan masjid-masjid traditional lain di Melaka.

Masjid Kg Duyong, 1850










Sejarah

Mengikut cerita orang tua-tua dahulu, masjid ini pada asalnya surau dan dinaikkan taraf sebagai sebuah masjid. Bahan-bahan binaannya terdiri daripada kayu dan batu merah (laterite), manakala bumbungnya beratapkan genting (campuran genting China dan Belanda). Pembinaannya dilakukan secara gotong-royong dan ianya siap untuk digunakan dalam tahun 1850. Pengasas masjid ini dikenali sebagai Wan Chilek. Menara di sebelah masjid ini telah dibina pada tahun 1909 sebagai tempat melaungkan azan.

Pada tahun 1967, beberapa perubahan telah dilakukan di masjid ini. Bumbung yang asalnya genting telah ditukar kepada atap jenis ardex. Siling asbestos telah dipasang dan tangga masjid telah diubahsuai. Pada tahun berikutnya di sekeliling kolam laterite telah dipasang paip dan bumbung pelindung bagi tempat mengambil wuduk.

Kekurangan ruang untuk tempat sembahyang telah menyebabkan kerja-kerja tambahan dilakukan pada tahun 1973 dan 1976 pada bahagian belakang masjid.

Pada 11 Mei 1982 jam 2.30 pagi, kebakaran telah berlaku pada masjid ini disebabkan litar pintas. Terdapat sebahagian kerosakan di bahagian hadapan iaitu di sebelah kiri masjid, stor dan bumbung. Walaubagaimanapun struktur asal masjid tidak terjejas. Kos membaikpulih masjid ini berjumlah RM70,000.00 manakala kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM5,000.00 yang selebihnya diperolehi melalui dermawan dan masyarakat tempatan.

Dalam usaha untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah, pada tahun 1991 kerajaan negeri telah memberi peruntukan berjumlah RM100,000.00 untuk membina bangunan tambahan di sebelah kanan bangunan masjid yang asal.

Pada tahun 2002, kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam usaha untuk mengekalkan unsur-unsur seni bina asal masjid ini.

Masjid Peringgit, 1726








Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di eringgit. Masjid ini telah dibina pada tahun 1726 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Portugis dimana orang-orang Melayu terpaksa berpindah dari kawasan bandar Melaka. Masjid ini juga merupakan masjid yang tertua di Melaka. Semasa zaman Penjajahan Belanda, orang-orang Melayu kembali semula ke kawasan Bandar Melaka dimana mereka membina sebuah masjid baru iaitu Masjid Kg Hulu.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.


Constructed during the Portuguese Occupancy Masjid Peringgit is believed to be the oldest mosque in Melaka. During the Portuguese period, the local Malays relocated to Kampung Peringgit where they built the mosque. When Melaka fell into the hands of the Dutch. The Malays were persuaded to move back into Melaka town where they built another mosque, the Masjid Kampung Hulu.

Masjid Tengkera, 1728



Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

lawat juga laman in bagi gambaran yg mengandungi gambar yang menarik..

http://juhalens.fotopages.com/?entry=1555435

Masjid Kg Ulu, 1728




Built in 1728, Masjid Kampung Hulu is the oldest functioning mosque in Malaysia in its original location, at the corner of Jalan Masjid Kampung Hulu and Jalan Masjid in the old commercial district, now dominated by Chinese shop-houses.

Commissioned by the Dutch during their colonial occupation, the mosque was a result of a new policy of religious pluralism. Their colonial predecessors, the Portuguese, had destroyed all signs of non-Christian establishments upon their occupation in 1511. This included the tearing down of Malacca's first mosque, which had reputedly stood across from where the Stadhuys, the 1650s Dutch town hall that also served as the offices of the Dutch East India Company stands today. The Dutch assigned coordinating "Kapitans" to head the local populations in the reconstruction of their places of worship. Dato Samsuddin Bin Arom, or Dato Shamsudin, was commissioned to build the Masjid Kampung Hulu. It was later renovated by Wazir Al Sheikh Omar bin Hussain Al-Attas.

Partly due to the Dutch encouragement of cultural cross-pollination, the style of the mosque is reflective of a Javanese mosque. The regionally characteristic roof consists of three ascending layers of flared pyramidal roofs, separated by gaps to allow direct air and light into the building. These tiers are held aloft by four great columns in the center extending to outer columns for the lower, wider roofs.

The centralized vertical hierarchy lends the structure to a square plan only disrupted by a small section of the porch area of the iwan, which juts from the front of the mosque. Masjid Kampung Hulu does not employ the Javanese tradition of using timber as the material for the walls, and instead engages stone and brick. The mosque is similarly unique in its elevation from the ground on a low stone perimeter wall.

Like other Malaccan mosques, Chinese ornamentation is revealed in the Masjid Kampung Hulu, including the crown like pinnacle surmounting the roofs and the curved eaves. It further incorporates materials imported from the Chinese Qing Empire, such as ceramic roof and floor tiles. Masjid Kampong Hulu further asserts its distinctiveness in its use of carved sea stones lining the inside of the dome.

Its stone minaret is also distinctly Malaccan in its adherence to a pagoda-form. The Tranquerah mosque was built in Malacca in the same year.

Masjid Kg Kling, 1748


SEJARAH

MASJID KAMPONG KELING

KM 1 – 75400 MELAKA

Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu.Iaitu 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi.Kemudian masjid ini dibahrui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu.

Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Segala ukiran-ukiran yang ada dalam masjid dibuat oleh orang melayu.

Masjid Sg Rambai, 1880



SEJARAH

Masjid ini di tubuhkan pada awal tahun 1880.Penempatan pertama berhampiran dengan sungai.Berpindah buat kali ke kedua Diatas tanah lot 1448,keluasannya ialah 120 kaki persegi di atas nama Allahyarham Md. Yassin bin Long.

Pada awal tahun 1926 beliau telah mewakafkan dengan secara lisan untuk pembinaan masjid Sungai Rambai secara bergotong royong oleh penduduk setempat.Rekaan masjid ini juga,sama seperti rekaan masjid yang lain dalam negeri melaka yang mengekalkan rekaan senibina melayu.Sekarang telah banyak pengubahsuain telah dilakukan keatas masjid ini,perkara ini terpaksa dilakukan kerana:

1.Bangunan masjid yang telah uzur.
2.Pertambahan penduduk.
3.Pertambahan bangunan untuk kegiatan-kegiatan lain.

Segala kos perbelanjaan bagi pengubahsuaian dan pertambahan bangunan masjid ini telah pun dijelaskan,hasil daripada derma penduduk kampung dan bantuan peruntukan daripada kerajaan.Hasil daripada usaha ini maka masjid ini boleh menampung jemaah seramai 800 orang.

Sunday, November 21, 2010

Kerajaan Sriwijaya

Kerajaan Srivijaya



Sejarah Malaysia
Sejarah Malaysia.png
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)



Srivijaya merupakan sebuah kerajaan yang pengaruhnya amat besar terhadap Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh budaya India dan China serta budaya agama Buddha dan Hindu. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting bagi agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Isi kandungan


Petubuhan

Bukti awal keberadaan kerajaan ini berasal dari abad ke-7; sami I-Tsing[1] dari Cina, menulis bahawa ia mengunjungi Sriwijaya pada tahun 671 dan tingal selama 6 bulan. Selanjut dari prasasti paling tua tentang Sriwijaya yang juga bertarikh 682, iaitu Prasasti Kedukan Bukit[2] di Palembang. Kemunduran pengaruh kekuasaan Sriwijaya terhadap negeri jajahannya dimulai kerana beberapa peperangan diantaranya serangan dari raja Dharmawangsa dari Jawa tahun 990, dan serangan Rajendra Coladewa dari Koromandel pada tahun 1025, selanjutnya tahun 1183 Sriwijaya menjadi bahagian dari Kerajaan Dharmasraya.[3].

Kejayaan

Dari catatan sejarah dan bukti arkeologi bermula dari abad ke-7, Kerajaan Srivijaya telah melakukan beberapa penaklukan dan menawan hampir seluruh kerajaan-kerajaan yang ada di Asia Tenggara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kemboja, Kalimantan dan Pulau Jawa[4] . Penguasaan ke atas Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut Cina Selatan telah menjadikan Srivijaya sebagai pengendali dan pengawal kawasan perdagangan antarabangsa di antara China dan India.

Penaklukan Srivijaya dimulakan dengan menawan Minanga. Kerajaan Melayu ini memiliki hasil galian emas sebagai sumber ekonomi dan kata Swarnnadwipa (pulau emas) mungkin merujuk pada hal ini. Dan kemudian diikuti Kedah takluk dan menjadi daerah jajahan[5].

Sebelum dinasti Sailendra, penguasa Srivijaya berpindah ke Jawa, Srivijaya telah bertapak dari Sumatera, Sunda dan Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Kemboja lalu menakluk kerajaan ini.

Pengaruh Sriwijaya tampak pada bangunan pagoda Borom That di Chaiya, Surat Thani, Thailand Selatan, yang pernah menjadi ibu kota Kerajaan Khmer, sebelum ditaklukan Kerajaan Siam.

Kejayaan Srivijaya di tanah Jawa ditunjukkan dengan pembinaan Candi Borobudur yang telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia[6].

Srivijaya juga mempunyai hudungan yang rapat dengan Dewapala raja Benggala. Prasasti Nalanda mencatat bahawa Balaputradewa salah seorang Raja Srivijaya telah membina sebuah biara di Nalanda. Hubungan dengan India renggang setelah Rajendra Coladewa dari dinasti Chola menaiki takhta dan melakukan serangan pada abad ke-11[7].

Senarai Raja-raja Srivijaya

Tahun↓ Nama Raja↓ Ibukota↓ Prasasti, batu bersurat dan berita China serta perkara yang berlaku↓
671 Dapunta Hyang Sri Jayanasa Srivijaya Catatan perjalanan I-tsing di tahun 671-685

Prasasti Kedukan Bukit (683), Talang Tuo (684), dan Kota Kapur Penaklukan Malayu, penaklukan Jawa

702 Sri Indravarman

Che-li-to-le-pa-mo

Srivijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 702-716, 724

Utusan ke Khalifah Muawiyah I dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

728 Rudra Vikraman

Lieou-t'eng-wei-kong

Srivijaya

Shih-li-fo-shih

Utusan ke China 728-742
743-760

Tidak ada berita pada masa ini


Pindah ke Jawa Dinasti Sailendra mengantikan Dinasti Sanjaya
760 Maharaja Wisnu

Dharmmatunggadewa

Jawa Prasasti Ligor B, menaklukkan Kemboja.
775 Dharanindra Sanggramadhananjaya Jawa Piagam Kalasan 778
782 Samaragrawira Jawa Prasasti Nalanda
792 Samaratungga Jawa Prasasti Karang Tengah, tahun 824.

825 membina candi Borobudur




Kebangkitan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan
835 Balaputradewa Srivijaya Kehilangan kekuasaan di Jawa, dan kembali ke Suwarnabhumi

Prasasti Nalanda (860)

860-960

Tidak ada berita pada masa ini
960 Sri Udayadityavarman

Se-li-hou-ta-hia-li-tan

Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 960, & 962
980
Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 980 & 983 dengan rajanya Hie-tche (Haji)
988 Sri Cudamanivarmadeva

Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa

Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan ke China 988-992-1003

990 Jawa menyerang Srivijaya, membina tokong untuk Kaisar China, Prasasti Leiden (1044)

1008 Sri Maravijayottunggavarman

Se-li-ma-la-pi

Srivijaya
Kadaram

San-fo-ts'i

Utusan ke China 1008
1017
Srivijaya

San-fo-ts'i

Utusan San-fo-ts'i dengan raja Ha-ch'i-su-wa-ch'a-p'u (Haji Sumatrabhumi) ke China 1017;

Gelar haji biasa untuk raja bawahan

1025 Sangrama Vijayottunggavarman Srivijaya
Kadaram

San-fo-ts'i

Diserang oleh Rajendra Chola I dan tertawan

Prasasti Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore

1028

Dibawah Dinasti Chola dari Koromandel
1079

Utusan raja San-fo-tsi Ti-hua-ka-lo ke China 1079

Membaiki candi Tien Ching di Kuang Cho (dekat Kanton)

1183

Dibawah Dinasti Mauli, Kerajaan Dharmasraya
1183-1286 Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa Dharmasraya Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand
1286-1293 Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa Dharmasraya Prasasti Padang Roco tahun 1286 di Siguntur


Sejarah Kerajaan Majapahit

Majapahit

r
Peta Majapahit.
Sejarah Indonesia
Sebahagian daripada siri rencana
Sejarah Indonesia .png
Indonesia prapenjajah (sebelum 1602)
Sailendra
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kerajaan Mataram (Hindu)
Kediri (1045-1221)
Singhasari (1222-1292)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Mataram (1500-an - 1700-an)
Hindia Timur Belanda (1602 - 1945)
Perang Jawa Inggeris-Belanda (1810-1811)
Perang Padri (1821-1837)
Perang Jawa (1825-1830)
Perang Aceh (1873-1904)
Pemulihan Kebangsaan (1899-1942)
Kemerdekaan (1945-1965)
Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)
Revolusi Nasional (1945-1949)
Persidangan Asia-Afrika (1955)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1965)
Tata Tertib Baru (1965-1998)
Perang Saudara Indonesia (1965-1966)
Akta Pilihan Bebas (1969)
Pembunuhan beramai-ramai Dili (1991)
Reformasi (1998-kini)
Revolusi 1998 (1996-1998)
Gempa bumi Lautan Hindi 2004 (2004-kini)
[ sunting ]

Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara.

Kejayaan Majapahit

Penguasa Majapahit semasa zaman kegemilangannya ialah semasa zaman pemerintahan Hayam Wuruk, yang memerintah dari tahun 1350 hingga 1389.

Majapahit ialah kerajaan Hindu-Buddha yang terakhir dan masyhur di Nusantara. Didahului oleh kerajaan Srivijaya, yang berpusat Palembang di pulau Sumatra.

Pengasas Majapahit, Kertarajasa, anak menantu kepada penguasa Singhasari, juga berpusat di Jawa. Selepas Singhasari mengusir Srivijaya dari Jawa secara keseluruhannya pada tahun 1290, kekuasaan Singhasari mula menjadi perhatian Kubilai Khan di China dan dia mengirim duta untuk mengutip ufti.

Kertanagara, pengasas kerajaan Singhasari, menolak untuk membayar ufti dan Khan memberangkatkan satu rombongan tiba di pantai Jawa tahun 1293. Pada ketika itu, seorang pemberontak dari Kediri, Jayakatwang, sudah membunuh Kertanagara. Pegasas Majapahit bergabung tenaga dengan orang Mongolia untuk melawan Jayakatwang dan menyebabkan kerajaan Singhasari musnah serta memaksa sekutunya Mongol untuk menarik diri secara kelam-kabut.

Gajah Mada, seorang patih dan bupati Majapahit dari 1331 ke 1364, memperluaskan kekuasaan kekaisaran ke pulau sekitarnya. Beberapa tahun selepas kematian Gajah Mada, angkatan laut Majapahit menawan Palembang dan menakluk daerah terakhir kerajaan Sriwijaya.

Walaupun pengasas Majapahit melebarkan kekuasaan mereka ke tanah seberang di seluruh Nusantara dan membinasakan kerajaan-kerajaan jiran , fokus mereka adalah untuk menguasai dan memonopoli perdagangan komersil antara pulau.

Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para mubaligh mula memasuki Nusantara. Selepas mencapai puncaknya pada abad ke-14, tenaga Majapahit beransur-ansur lemah dan perang yang mulai dari tahun 1401 dan berlangsung selama empat tahun melemahkan Majapahit. Setelah ini Majapahit ternyata tak dapat menguasai Nusantara lagi. Kehancuran Majapahit kira-kira terjadi pada sekitar tahun 1500-an meskipun di Jawa ada sebuah khronogram atau candrasengkala yang berbunyi seperti ini: sirna hilang kretaning bumi. Sengkala ini kononnya adalah tahun berakhirnya Majapahit dan harus dibaca sebaga 0041 = 1400 Saka => 1478 Masehi. Erti daripada sengkala ini adalah “sirna hilanglah kemakmuran bumi (Majapahit)”.

Raja-raja Majapahit

  1. Raden Wijaya, bergelar Kertarajasa Jayawardhana (1294 - 1309)
  2. Kalagamet, bergelar Sri Jayanagara (1309 - 1328)
  3. Sri Gitarja, bergelar Tribhuwana Wijayatunggadewi (1328 - 1350)
  4. Hayam Wuruk, bergelar Sri Rajasanagara (1350 - 1389)
  5. Wikramawardhana (1389 - 1429)
  6. Suhita (1429 - 1447)
  7. Kertawijaya, bergelar Brawijaya I (1447 - 1451)
  8. Rajasawardhana, bergelar Brawijaya II (1451 - 1453)
  9. Purwawisesa atau Girishawardhana, bergelar Brawijaya III (1456 - 1466)
  10. Pandanalas, atau Suraprabhawa, bergelar Brawijaya IV (1466 - 1968)
  11. Kertabumi, bergelar Brawijaya V (1468 - 1478)
  12. Girindrawardhana, bergelar Brawijaya VI (1478 - 1498)

Waris keturunan Tun Teja mencari sejarah keturunan ..??

500 years on, ‘descendants’ of Tun Teja seek family history

HISTORY has it that Tun Teja was the consort of Sultan Mahmud Shah before the Malacca Empire fell to the Portuguese in 1511.

After 500 years, two siblings from Masai, Johor, have come out to claim they are the descendants of the princess from Pahang, Kosmo! reported.

Bitah Matlip, 68, and her brother, Mahmud Matlip, 60, long to hear from others who could shed more light on the family history.

The two learned of their luminous past from their late grandfather, Abdul Mahmud, who died at the age of 111 in 1986.

He had two wives and the younger one, identified only as Tok Esah, is said to be still living and was somewhere in Batu Pahat.

The siblings claimed that their grandfather, when he was alive, would visit Tun Teja's burial place every time he made a trip to Malacca and would read the Yassin verses and cry over her grave, which is located in the village of Serkam.

“We don't exactly know what his actual ties were with Tun Teja. But he used to tell our father that the grave was that of his ancestor,” Mahmud told the paper.

Bitah said they were now coming out to talk about the matter to fulfil the wish of their late grandfather to trace the descendants of the princess.

Showing a faded 1910 black-and-white photograph of her grandfather, in a dark coat and white pants and flanked by a uniformed police sergeant and a gentleman in a white suit identified as Tok Puasa, she said:

“All this while, we have kept quiet about the matter as we feared people would think we have some ulterior motive.

“But we only want to look for other descendants.”

She added that she and Mahmud started their search about 10 years ago.

Asked if their father had known about the ancestry, she said: “He used to tell us that grandfather had several siblings and among those that our father remembered were Tok Ismail, Tok Limbing and Tok Majid.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/3/nation/19367039&sec=nation

Saturday November 3, 2007

Friday, November 19, 2010

Melaka sepatutnya sudah bersedia menerima Pelancung/pelabur "HIGH-END" atau " THE RICH AND FAMOUS"

Kepulauan ekslusif bagi Pelabur/pelancung bertaraf "HIGH-END"..!! Mungkin beberapa pembangunan dipulau Melaka dan yang dicadangkan disepanjang pantai harus mengalkira perkara ini.....!!!






Grand Bazaar Istanbul yang menjadi tarikan utara pelancung melawat Turki.






Bazaar "THE ROCKS" yang menjadi tarikan utama di Sydney.


Melaka yang kini telahpun bergelar dan mendapat peristiharan Negeri Maju, sepatutnta telah bersedia bagi menerima pelancung berkeupayaan tinggi ataupun HIGH-END TOURIST" ataupun "THE RICH AND FAMOUS" dari kalangan jutawan dan Bilionair. Dengan kapasiti kewangan atau "Purchasing Power" yang tinggi.

Bagi menakluki mereka ini , keperluan asas(Infrastruktur) bertaraf tinggi atau 5/6/7 bintang amat diperlukan bagi menyediakan keperluan bagi mereka untuk melawat, tinggal dan membelibelah di Melaka.

Untuk tujuan tersebut, satu kajina menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti keperluan(taste) bagi golongan ini.

Antaranya:

1. Hotel, tempat tinggal

2. Persekitaran

3. Pusat membeli belah samada bertaraf bintang serta juga membuka ruang bagi pusat tradisional. Perlu diingatkan, mereka bukan hanya hendak melihat atau membelibelah di pusat 5 bintang, namun jenis tradisional juga. Kalau kita ke Turki, adalah dikatakan tidak lengkap kalau kita tidak melawat "Grand Bazaar Istanbul". Juga kalau ke Australia, Bazar "The Rocks" lebih menjadi tarikan bagi pelancung. Venice juga tiadk menjadi tarikan jika tiada tarikan Bazaar tradisional mereka.

Wednesday, November 17, 2010

Sekitar lawatan ke Melaka tempohari..








lawatan ke Melaka sekali imbas bagi menyaksikan aktiviti orang ramai..... jalan-jalan disekitar bandar, masuk ke Jalan Hang Jebat-Jonker Street.....
Cuma dalam kereta.....!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...