Saturday, April 11, 2009

MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH DI MASJID JAMEK KG RAJA, PAGOH, JOHOR




Makam Sultan Alauddin Riayat Syah yang amat terkenal dizaman kesultanan Melaka dahulu terdapat disebelah kawasan masjid jamek Kg Raja, Pagoh, Johor.

Sejarah Sultan Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1 merupakan Sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & bersama dengan Bendaharanya yang terkenal, iaitu Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri Melaka. Pada zaman kesultanannya Empayar Kesultanan Melaka merangkumi juga sebahagian besar negeri Johor dan juga sampai ke Palembang, Indonesia.

Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.

Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis.

Diatas batu nisannya tertulis dalam khat bahasa arab yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti berikut.....

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"

Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kg Raja, Pagoh, Johor. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.

1 comment:

Amos2526 said...

Hi my friend,

http://netbook-notebook-computer.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...