Monday, November 22, 2010

Masjid Peringgit, 1726








Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di eringgit. Masjid ini telah dibina pada tahun 1726 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Portugis dimana orang-orang Melayu terpaksa berpindah dari kawasan bandar Melaka. Masjid ini juga merupakan masjid yang tertua di Melaka. Semasa zaman Penjajahan Belanda, orang-orang Melayu kembali semula ke kawasan Bandar Melaka dimana mereka membina sebuah masjid baru iaitu Masjid Kg Hulu.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.


Constructed during the Portuguese Occupancy Masjid Peringgit is believed to be the oldest mosque in Melaka. During the Portuguese period, the local Malays relocated to Kampung Peringgit where they built the mosque. When Melaka fell into the hands of the Dutch. The Malays were persuaded to move back into Melaka town where they built another mosque, the Masjid Kampung Hulu.

1 comment:

Iskandar said...

masjid pengkalan rama tahun berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...