Tuesday, February 17, 2009

Masjid Tradisi Melaka-Masjid Kg. Umbai, 1852

Gambar menunjukkan Masjid Jamek Kg Umbai dengan bumbung 3 tingkat dan dihadapannya terdapat Makam Sultan Ali, waris Istana Kg Gelam, Singapura dengan ahli keluarganya yang ditanam berhampiran dengan makamnya.

."Pada hari ini 20.06.1877, Sultan Ali Ibni Almarhum Sultan Hussain Shah, Sultan Johor telah mangkat di Umbai Melaka. Berita kemangkatan baginda telah disampaikan kepada putera baginda Tengku Alam yang pada masa itu bersemayam di Istana Kampung Gelam Singapura bersama-sama Maharaja Abu Bakar.


Pada mulanya Tengku Alam enggan ke Melaka untuk pemakaman tersebut selagi beliau tidak dilantik menjadi Sultan menggantikan Sultan Ali. Tetapi akhirnya Tengku Alam terpaksa beralah setelah ia mengetahui bahawa Gabenor Inggeris benar-benar tidak mahu melantiknya menjadi Sultan. Tengku Alam telah berangkat ke Johor dengan kapal Maharaja Abu Bakar kemudian ke Umbai Melaka. Walaupun Tengku Alam hadir Baginda telah menjauhkan diri. Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat turut hadir di upacara itu untuk memastikan tidak ada sebarang pergaduhan berlaku atau tidak ada sebarang pengisytiharan pengganti Sultan diadakan.


Selepas kemangkatan Sultan Ali, perebutan kuasa telah berlaku di kalangan keluarga Sultan Ali sendiri. Beberapa peristiwa pertumpahan darah telah tercetus seperti di Kuala Muar oleh Suliwatang. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 1883. Tetapi dengan kebijaksanaan Maharaja Abu Bakar untuk menamatkan keadaan kucar-kacir yang menggugat keamanan negeri Johor, satu perjanjian setia telah diadakan dengan Kerajaan Inggeris. Dalam perjanjian ini Inggeris bersetuju memberikan bantuan kepada Maharaja Abu Bakar dalam menghadapi soal kekacauan tersebut. Kedaulatan dapat diselamatkan dan Maharaja Abu Bakar dilantik menjadi pemerintah Johor bergelar Sultan hingga keturunannya."




















Pintu besar masjid kg Umbai dengan ukiran tersendirinya

Ukiran mimbar masjid kg Umbai dengan seni ukiran halus yang amatg menarik






Tiang seri bulat masjid kg Umbai dengan ukiran unik

Pintu besar yang asal



Tiang seri utama dengan ukiran menarik yang jarang dijumpai kini





Rekabentuk masjid tradisi Melaka yang mempunyai bumbung bertingkat tiga amat terkenal dan ini masih dikekalkan bagi melambangkan warisan Melaka . Salah satu masjid yang mempunyai rekabentuk ini adalah Masjid Kg. Umbai, Melaka...

Masjid ini juga terkenal kerana di bahagian luar hadapannya juga terdapat makam sejarah Kesultanan Makam Sultan Ali dan ahli keluarganya...juga warisan sejarah kesultanan Melayu Melaka/Singapura.....!!!!

Masjid Jamek Umbai ini telah dibena pada tahun 1852 secara gotong-royong oleh penduduk kariah di atas tanah lot.1205 yang diwakafkan oleh Tuan Hj. Hamid Bin Jais.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...