Kerajaan Srivijaya
Srivijaya merupakan sebuah kerajaan yang pengaruhnya amat besar terhadap Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Filipina.
Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh budaya India dan China serta budaya agama Buddha dan Hindu. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting bagi agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.
Isi kandungan |
Petubuhan
Bukti awal keberadaan kerajaan ini berasal dari abad ke-7; sami I-Tsing[1] dari Cina, menulis bahawa ia mengunjungi Sriwijaya pada tahun 671 dan tingal selama 6 bulan. Selanjut dari prasasti paling tua tentang Sriwijaya yang juga bertarikh 682, iaitu Prasasti Kedukan Bukit[2] di Palembang. Kemunduran pengaruh kekuasaan Sriwijaya terhadap negeri jajahannya dimulai kerana beberapa peperangan diantaranya serangan dari raja Dharmawangsa dari Jawa tahun 990, dan serangan Rajendra Coladewa dari Koromandel pada tahun 1025, selanjutnya tahun 1183 Sriwijaya menjadi bahagian dari Kerajaan Dharmasraya.[3].
Kejayaan
Dari catatan sejarah dan bukti arkeologi bermula dari abad ke-7, Kerajaan Srivijaya telah melakukan beberapa penaklukan dan menawan hampir seluruh kerajaan-kerajaan yang ada di Asia Tenggara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kemboja, Kalimantan dan Pulau Jawa[4] . Penguasaan ke atas Selat Melaka, Laut Jawa dan Laut Cina Selatan telah menjadikan Srivijaya sebagai pengendali dan pengawal kawasan perdagangan antarabangsa di antara China dan India.
Penaklukan Srivijaya dimulakan dengan menawan Minanga. Kerajaan Melayu ini memiliki hasil galian emas sebagai sumber ekonomi dan kata Swarnnadwipa (pulau emas) mungkin merujuk pada hal ini. Dan kemudian diikuti Kedah takluk dan menjadi daerah jajahan[5].
Sebelum dinasti Sailendra, penguasa Srivijaya berpindah ke Jawa, Srivijaya telah bertapak dari Sumatera, Sunda dan Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Kemboja lalu menakluk kerajaan ini.
Pengaruh Sriwijaya tampak pada bangunan pagoda Borom That di Chaiya, Surat Thani, Thailand Selatan, yang pernah menjadi ibu kota Kerajaan Khmer, sebelum ditaklukan Kerajaan Siam.
Kejayaan Srivijaya di tanah Jawa ditunjukkan dengan pembinaan Candi Borobudur yang telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia[6].
Srivijaya juga mempunyai hudungan yang rapat dengan Dewapala raja Benggala. Prasasti Nalanda mencatat bahawa Balaputradewa salah seorang Raja Srivijaya telah membina sebuah biara di Nalanda. Hubungan dengan India renggang setelah Rajendra Coladewa dari dinasti Chola menaiki takhta dan melakukan serangan pada abad ke-11[7].
Senarai Raja-raja Srivijaya
Tahun | Nama Raja | Ibukota | Prasasti, batu bersurat dan berita China serta perkara yang berlaku |
---|---|---|---|
671 | Dapunta Hyang Sri Jayanasa | Srivijaya | Catatan perjalanan I-tsing di tahun 671-685 Prasasti Kedukan Bukit (683), Talang Tuo (684), dan Kota Kapur Penaklukan Malayu, penaklukan Jawa |
702 | Sri Indravarman Che-li-to-le-pa-mo | Srivijaya Shih-li-fo-shih | Utusan ke China 702-716, 724 Utusan ke Khalifah Muawiyah I dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz |
728 | Rudra Vikraman Lieou-t'eng-wei-kong | Srivijaya Shih-li-fo-shih | Utusan ke China 728-742 |
743-760 | Tidak ada berita pada masa ini | ||
Pindah ke Jawa | Dinasti Sailendra mengantikan Dinasti Sanjaya | ||
760 | Maharaja Wisnu | Jawa | Prasasti Ligor B, menaklukkan Kemboja. |
775 | Dharanindra Sanggramadhananjaya | Jawa | Piagam Kalasan 778 |
782 | Samaragrawira | Jawa | Prasasti Nalanda |
792 | Samaratungga | Jawa | Prasasti Karang Tengah, tahun 824. 825 membina candi Borobudur |
Kebangkitan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan | |||
835 | Balaputradewa | Srivijaya | Kehilangan kekuasaan di Jawa, dan kembali ke Suwarnabhumi Prasasti Nalanda (860) |
860-960 | Tidak ada berita pada masa ini | ||
960 | Sri Udayadityavarman Se-li-hou-ta-hia-li-tan | Srivijaya San-fo-ts'i | Utusan ke China 960, & 962 |
980 | Srivijaya San-fo-ts'i | Utusan ke China 980 & 983 dengan rajanya Hie-tche (Haji) | |
988 | Sri Cudamanivarmadeva Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa | Srivijaya San-fo-ts'i | Utusan ke China 988-992-1003 990 Jawa menyerang Srivijaya, membina tokong untuk Kaisar China, Prasasti Leiden (1044) |
1008 | Sri Maravijayottunggavarman Se-li-ma-la-pi | Srivijaya Kadaram San-fo-ts'i | Utusan ke China 1008 |
1017 | Srivijaya San-fo-ts'i | Utusan San-fo-ts'i dengan raja Ha-ch'i-su-wa-ch'a-p'u (Haji Sumatrabhumi) ke China 1017; Gelar haji biasa untuk raja bawahan | |
1025 | Sangrama Vijayottunggavarman | Srivijaya Kadaram San-fo-ts'i | Diserang oleh Rajendra Chola I dan tertawan Prasasti Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore |
1028 | Dibawah Dinasti Chola dari Koromandel | ||
1079 | Utusan raja San-fo-tsi Ti-hua-ka-lo ke China 1079 Membaiki candi Tien Ching di Kuang Cho (dekat Kanton) | ||
1183 | Dibawah Dinasti Mauli, Kerajaan Dharmasraya | ||
1183-1286 | Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa | Dharmasraya | Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand |
1286-1293 | Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa | Dharmasraya | Prasasti Padang Roco tahun 1286 di Siguntur |
No comments:
Post a Comment