Thursday, April 29, 2010

COP MOHOR SULTAN MAHMUD DITEMUI DI RIAU

COP MOHOR MELAKA DI RIAUMay 28, '08 9:03 PM
for everyone
MELAKA: Cop mohor yang didakwa digunakan Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka antara 1488 hingga 1528 bagi membuktikan lambang kuasa pemerintahannya dikatakan disimpan seorang petani di Riau, Indonesia.

Cop mohor yang didakwa disimpan sejak lima generasi itu ditunjukkan petani terbabit kepada Exco Pelancongan, Warisan dan Kesenian negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang melawat Riau, minggu lalu.

Berikutan itu, bagi mengelak cop mohor itu dijual kepada pengumpul barang antik, terutama dari Eropah, kerajaan negeri akan meminta beberapa wakil agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke Riau secepat mungkin untuk membuat kajian.

Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkeologi dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan bekerjasama bagi membantu menilai kesahihan cop mohor didakwa milik Sultan Mahmud Shah.

Ab Rahaman berkata, kerajaan negeri akan mengutus surat kepada kementerian dan agensi terbabit dengan segera dan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, bahan sejarah terbabit perlu dibuat kajian segera bagi memastikan lambang Kesultanan Melayu Melaka tidak terlepas ke tangan orang lain.

Katanya, cop mohor bertulisan jawi itu dipercayai milik Sultan Mahmud Shah kerana atasnya tertera perkataan ‘Khalifahtullah Sultan Mahmud Shah Akhirul Zaman’.

“Cop mohor diperbuat daripada tembaga manakala pemegangnya daripada perak. Petani yang saya temui itu turut menyatakan ada menyimpan peralatan lain milik Sultan Mahmud Shah,” katanya ketika dihubungi.

Petani itu juga menunjukkan kepadanya cop mohor berbentuk seperti ‘buah jering’ bertulisan jawi tetapi ukiran sukar dilihat kerana terlalu kecil.

Katanya, petani terbabit turut mendakwa makam Sultan Mahmud Shah berada di Riau.

Menurutnya, semua cop mohor dan peralatan Sultan Melaka terakhir itu didakwa disimpan dengan baik oleh keluarga petani berkenaan sejak turun-temurun dan sempurna mengikut adat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.

“Bagaimanapun, kepastian perlu dilakukan untuk meneliti dan mengesahkan cop mohor serta peralatan lain milik Sultan Mahmud Shah itu adalah tulen atau sebaliknya. Kerajaan negeri juga berharap KeKKWa dapat membantu,” katanya.

Ab Rahaman berkata, jika cop mohor dan beberapa peralatan diraja lain milik Sultan Mahmud Shah tulen dan berjaya dibawa pulang ke Melaka, ia akan dapat membantu sektor pelancongan negeri serta menambah khazanah warisan Kesultanan Melayu Melaka.

Katanya, pengkajian lebih mendalam mengenainya juga boleh dilakukan kerana cop mohor itu menandakan lambang kuasa sultan dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negeri ketika zaman itu.

Sultan Mahmud Shah adalah Sultan Melaka keenam. Pemerintah Melaka yang pertama Parameswara/Iskandar Syah (1402-1424), Sultan Muhammad Syah (1424-1444), Sultan Muzaffar Syah (1444-1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Shah (1488-1528).

LAWATI LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.......

http://dedeq86.multiply.com/journal/item/95/COP_MOHOR_MELAKA_DI_RIAU

Thursday, October 15, 2009

SULTAN ALEIDIN RIAYAT SHAH II OF JOHOR- THE DAUGHTER OF TUN FATIMAH (SULTAN ALEIDIN RIAYAT SHAH II- ANAK TUN FATIMAH, SULTAN JOHOR PERTAMA)

From record by R.J. Wilkinson -Papers on Malay subject....

"......After Sultan Mahmud had been driven out of Malacca he fled to Batu Hampar, while his son, Prince Aleidin, built a stockade at Pagoh. Pagoh was soon taken by the Portuguese. The Malay prince then took refuge for a time in Pahang, after which they established themself far up the Johor river where they were relatively safe from attack. Settlements far up a river are , however, of very little use either for trade or piracy, so- as the malays regained confidence- they moved to southwards and established themselves on the island of Bintang, Sultan Mahmud at Tebing Tinggi and the Prince Aleidin at Batu Pelabuhan. This Prince Aleidin had been raised to sovereign rank and bore the title Sultan Ahmad Shah, to great confusion of historical records, which confuse him both with his father, Sultan Mahmud and with his brother who afterwards bore the name of Sultan Aleidin. In any case, this Sultan Ahmad died at Batu Pelabuhan and was buried at Bukit Batu at Bintang. If Malay rumour is to be believed, he was poisened by his father?.

Sultan Mahmud then installed his younger son as Raja Muda, but did not confer on him the sovereign dignity borne by the murdered Ahmad Shah. After this the Sultan moved his head-quarters to Kopak. There another son was born to him-this time by his favourite wife, Tun Fatimah, the daughter of the famous Bendahara who had so bitterly oppose Sequira. The child was given the title Raja Kechil Besar and was afterwards alllowed (through his mother influence) to take preceedence of his elder brother the Raja Muda and to be raised to sovereign rank as the Sultan Muda or Sultan Aleidin Riayat Shah II.


......... The new Sultan was not left in peace by the Portuguese. Driven by them out of Kampar he ultimately settled at a place on the Johor river where he died and was succeeded by his son, the Raja Muda Perdana, who took the title of Sultan Muzaffar Shah II. This Mudzaffar Shah establiehed his capital at Seluyut(Johor Lama) but he had outlying stations on the trade routes. At a later date these stations were destined to become important....."

Tuesday, October 6, 2009

RELATION OF SINGAPORE SULTANATE WITH MELAKA SULTANATE(PERKAITAN KESULTANAN MELAYU SINGAPURA DENGAN KESULTANAN MELAKA)

Remarks on Singapore Sultanate according to "Malay Annals"
Catatan Kesultanan Singapura Mengikut periwayat Melayu "Malay Annals"



From the writer of Malay history, we have two types of history writers, one that follow "Malay Annals" and the other one were based on the author of "Bustanu's Salatin", Nuru'ddin Raniri Al-Hasanji, one of Malay Book of history that tells many story about Singapore Sultanate and it's relations with the Melaka Sultanate system.

The differences between those two writers are, that the Singapore Sultanate by Malay annals has Five(5) kings, while in BUstanu's Salatin has only three(3) but both tell us that it has direct relation to Melaka Sultanate system, only that Paduka Seri Pekerma Diraja(1st Melaka Sultan, Parameswara still were not rrecognised in Bustanu's Salatin, but the Singapore Sultanate system continue directly into Melaka Sultanate system.

From the story, a bright boy kill by the king and Singapore were attack by king fish, Singapore has been hit by a very bad curse, haunted and was deserted for very long time. almost three decades.

Dari periwayat sejarah Melayu dahulu, terdapat dua jenis periwayat, satu adalah berdasarkan periwayat umum(Malay Annals) dan satu lagi adalah dari periwayat Nuru'ddin Raniri Al-Hasanji, pengarang "Bustanu's-Salatin", salah satu kitab sejarah Melayu yang banyak menceritakan sejarah Kesultanan Singapura dan perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Perbandingan antara kedua adalah dalam periwayat umum(Malay annals) menyatakan bahawa Kesultanan Melayu Sungapura mempunyai lima(5) Raja, sementara dalam "Bustanul Salatin" hanya Raja ketiga(3) dan mempunyai pertalian terus dengan Kesultanan Melaka, cuma Paduka Seri Pekerma Diraja atau Parameswara(Sultan Muhammad Shah) sahaja belum diiktiraf sebagai Sultan Melaka yang pertama), namun perkaitan kedua-duanya menjurus kepada Kesultanan Singapura berterusan kepada Kesultanan Melayu Melaka.

Akibat dari cerita Singapura mengenai budak pintar dibunuh kerana ditakuti melawan raja hingga cerita dilanggar todak, Singapura seolah-olah terkena sumpahan, ianya ditinggalkan dan kawasan itu dikatakan berhantu.

....."

Monday, September 28, 2009

Transitional design of "Rock Stairs" and it's tiles (Transisi bentuk dan seni corak tangga batu dan ubin ) Rumah Melaka

Melaka House(Rumah Melaka) that don't have "Rock Stairs", but still have stilts foundation made of "Rocks".

Rumah Melaka yang tidak mempunyai tangga batu, namun alas tiangnya tetap juga berbatu

Melaka House which has "Rock Stairs" made after 60's don't have flowers motif on it; ceramic tiles as there was no more supplier in the market.

Rumah Melaka yang tangga batunya dibuat selepas tahun 60an tidak lagi mempunya motif berbunga-bunga kerana ketiadaan lagi bekalan ubin seramik dengan desain berbunga-bunga

Even though small stairs and cannot get a flower motif on it's tiles, but the "mad" to have a "Rock Stairs" were still exist among the owner of Rumah Melaka, as these was a proud of being a Melaka citizen.

Walaupun kecil dan tidak dapat ubin seramik yang berbungga, namun kegilaan untuk membuat tangga batu tetap ujud bagi pemilik rumah Melaka. Ini lah satu kebangaan bagi rakyat Melaka.








Melaka Traditional house or RUMAH MELAKA has a unique in design, not only by it's high roof but also by it's famous "Tangga Batu Rumah Melaka" or "ROCK STAIRS" which is made of concrete and brick. What specials about Malacca "Rock Stairs" are the strong concrete brick with a special flowery decorative tile imported mainly from China.

The Rock Stairs or these "Tangga Batu Rumah Melaka" build with usually with odd number of steps. The philosophy behind it is odd number represent God that has no similarities with God's Creations. Usually they will build staircase with 3,5 and 7 steps. the highest number of steps found in Melaka house are 9. Normal house will be no higher that 9 step except maybe for mosque or Sultans palace. 7 is favorite number of steps found in many houses. Number 7 means 7 layer of sky, 7 layer of earth, 7 days and other things related to cosmos.

The tile are arranged creatively by the craftsmen and the more tile at the staircase represent the house owner wealth. This is because at that time tiles are imported from China and it is expensive and it also their status at the village.


Rumah Traditional Melaka sememangnya unik dengan bumbung layarnya, dan ditambah pula dengan "TANGGA BATU RUMAH MELAKA" nya yang amat terkenal serta menarik dengan biasanya terdapat beberapa anak tangga dengan angka ganjil dari 3,5,7 sehingga 9 anak tangga dengan tiang utama rumah ibunya yang tinggi , biasanya bolih dilalui dibawah rumahnya. Angka ganjil melambangkan sifat TUHAN yang ganjil dan tiada kesamaan dengan makhluknya.

Yang paling menariknya, bagi rumah yang traditional yang lama "TANGGA BATU RUMAH MELAKA " biasanya menggunakan ubin seramik yang diimport biasanya dari China mempunyai motif haiwan dan bunga yang berwarna-warni dan disusun secara kreatif dan sangat menarik. Ia juga melambangkan kemewahan dan status uanpunya rumah tersebut.


.

Thursday, September 10, 2009

MAKAM SULTAN MUHAMMAD SHAH, - ANAK SULTAN MANSUR SHAH YANG DIARAH MEMERINTAH PAHANG








Ini pula adalah makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Raja-raja Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah, salah seorang daripada anak Sultan Mansur Shah yang diperintahkan untuk memerintah Pahang, dan menjadi Sultan Pahang yang Pertama. Ia juga adalah waris dari kesultanan Melaka yang yang pernah bertakhta lebih 500 tahun lalu.

This is the tomb of the first Sultan of Pahang from the lineage of the kings of Melaka, that is Sultan Muhammad Shah who used to reign more than 500 years ago. Once again, let the relevant pictures be highlighted without any further explanations ya. This is it...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...