Dari Riwayat Singapura dibuka oleh Sang Nila Utama dan diberi nama kerana semasa membukanya dia ternampak singa. Ia juga dikenali sebagai Temasek. Oleh kerana banyak pengaruh Hindu dalam cerita tersebut kerana asal keturunannya dari Palembang. Ianya dibuka pada tahun 1360(?) (Periwayat sejarah Melayu menyatakan Singapura dibuka pada1255)....sehingga kejatuhannya pada tahun 1377. Ini lebih disebabkan oleh kurun ke 13, China telah di serang oelh Mongol menjadikan ia tak stabil dan kurang rekod mengenai kawasan sebelah sini yang telah direkodkan sejak kurun 405 Masehi lagi. dimana Palembang dinamakan sebagai San-Bo.Tsai(Palembang) dizaman Emperor China Hsiau Wu(A.D. 454-464).
Terdapat juga riwayat dari Nuru'ddin Raniri Al-Hasanji, pengarang "Bustanu's-Salatin" seperti carta diatas, bahawa Raja Iskandar Zulkarnain, Raja ke3 Singapura dikatakan lari ke Melaka dan menjadi Sultan Melaka yang Pertama(?). Itulah sebabnya makam yang terdapat di Fort Canning, Singapura dikatakan makam Raja ini.
Bagi mengaitkan kelangsungan sistem raja Singapura dan Melaka, beberapa kesimpulan dibuat oleh pengkaji yang mengatakan bahawa Paduka Pekerma Diraja, Raja Singapura ke2, telah mengambil nama Sultan Muhammad, iaitu nama islam Parameswara..adanya......??
Sungguhpun yang kita maklum Melaka dibuka oleh Parameswara dan dicatatkan dalam rekod Maharaja China sebagai "Palisula" dan rekod Portugis sebagai "Paramisura". Walaubagaimanapun untuk pengetahuan dicatatkan salasilah Kesultanan Melayu yang bermula juga di Singapura.
No comments:
Post a Comment