Friday, April 17, 2009

MAKAM SULTAN HUSSIN DIMASJID TENGKERA
















Makam ini juga adalah salah satu tempat warisan bersejarah dalam sistem Kesultanan Melayu Melaka dan juga mewarisi Kesultanan Melayu Johor - Riau setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Makam ini adalah milik Sultan Hussin Shah, Putera sulung Sultan Mahmud Shah III(1761-1812), yang mewarisi Empayar Kesultanan Melayu Melaka, juga Sultan bagi empayar Johor-Riau-Lingga abad ke 19 Masihi setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.


Pada zaman pemerintahan Sultan inilah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menyaksikan bumi Melayu khususnya empayar Johor-Riau-Lingga yang dikatakan mewarisi kekuasaan empayar Melaka terpecah dua... Jadi satu bahagian yang dikuasa penjajah Inggeris, satu lagi bahagian yang dikuasai Belanda.


Singapura yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar itu zaman Sultan Hussin pula tergadai kepada Inggeris lalu dijadikan pengkalan mereka dan Singapura terus menjadi pengkalan kuasa-kuasa asing yang mahu menggugat kedaulatan orang Melayu hingga ke hari ini!


Sultan Hussin terpaksa keluar dari Singapura lalu menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di Melaka dan mangkat di Melaka dan dikebumikan di perkarangan Masjid Jamek Tengkera sementara anaknya Sultan Ali dimakamkan diperkarangan Masjid jamek Kg Umbai.


Sejarah moden menyaksikan bahagian tanah Melayu yang dikuasai Inggeris kemudian muncul menjadi negara Malaysia, bahagian yang dikuasai Belanda jadi Republik Indonesia.

2 comments:

Anonymous said...

cikgu sejarah?.betulkah hang tuah tu pernah ada kat melaka?.cerita2 hang tuah macam tak masuk akal.terimakasih.

NIZCO said...

Oleh kerana sangat kurang penulisan buku-buku mengenai sejarah yang sesuai bagi pelajar untuk menarik minat dalam sejarah Melayu..maka mungkin ramai yang tidak mengetahui atau mahu percaya mengenai tentang kewujudan Sejarah Kesultanan Melayu dan juga mengenai Hang Tuah...dan mengangap itu semua cerita dongeng.... Kebanyakkan struktur binaan dan kesan sejarah banyak yang telah du hancurkan oleh Inggeris ketika memerintah Melaka dahulu hingga amat susah bagi menemukan buktinya.... tetapi mungkin rakan sebaya anda atau jenerasi muda di England juga akan merasa sangsi akan kewujudan Robin Hood...!!!!
Kalau anda ingin melihat bagaimana mereka mewujudkan beberapa arca dan program mengenai Robin Hood bagi menanamkan kepercayaan tentang kewujudan Robin Hood..!!!
Mungkin juga anda bolih lihat beberapa gambar dan program mengenai Robin Hood di NIZCO Album di Blog List dan lihat beberapa koleksi gambar mengenai Robin Hood dalam "NOTTINGHAM AT A GLANCE" dimana saya juga dapat bergambar dengan Robin Hood moden..!!!!. Mungkin perkara yang sama juga patut dibuat di Melaka.. Saya akan cuba usahakan untuk diadakan pada masa depan..agar masyarakat Melayu juga percaya akan Lagenda Hang Tuah sama seperti masyarakat penjajah Inggeris percayakan akan lagenda mereka Robin Hood...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...