Dizaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dizaman Sultan Iskandar Shah dan Sultan Muzaffar Shah, empayar serta jajahan takluknya meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Sumatera. Ditanah jajahan tersebut juga dilantik Raja/Sultan bagi mewakili Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan Mansur Shah berkahwin dan mempunyai 5 isteri, Dengan anak Maharaja Dewa Sura, Pahang yang ditawan, ia mempunyai 2 anak lelaki, satu bakal mewarisi takhtanya, namun pembunuhan yang dilakukan olehnya, menyebabkan ianya dihantar bagi memerintah Pahang dengan nama Sultan Muhammad Shah.
Isteri berketurunana Jawa, Sultan mempunyai 1 anak, Radin Geglang, yang mewarisi abang angkatnya bagi mewarisi takhta namun dibunuh semasa menyurai suatu amuk.
Dengan anak ketua menterinya, Bendahara, Sultan mempunyai seorang anak, Raja Hussain yang akhirnya mewarisi takhta daripadanya.
Dengan isteri Chinanya, Sultan mempunyai anak yang mewarisi sultan secara berasingan di Jeram, Selangor.
Dengan isteri kelimanya, anak ketua istananya, (Seri Nara Diraja), Sultan mempunyai 2 anak perempuan.
Polisi berperang dan menjajah yang dibawa oleh Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah adalah suatu yang berbahaya bagi pelabuhan dagang seperti Melaka. dimana ia menjadikan Kerajaan Melayu suatu kehidupan 'aristocracy" dagang bagi penduduk pedagang asing/orang luar dalam bandar Melaka. Perdagangan tidak terhapus dalam sehari. Pedagang dari China dan India sungguhpun berdagang di Melaka, namun mula berasakan Sultan dan penduduk Melaka sebagai beban mereka. Sultan memerlukan wang bagi keselesaan dan peperangan mereka, namun cukai yang duinaikkan dari tahun ketahun. Namun dengan kedatangan Portugis, keadaan nasib Melaka hampir sama dengan Pasai, Samudra, Perlak yang merasai kegemilangannya.
No comments:
Post a Comment